ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Lensa Yang Sesuai Untuk Anda



“Apakah lensa yang terbaik patut saya beli?” - Ini adalah salah satu soalan yang paling banyak saya terima. Susah sebenarnya untuk menjawab soalan ini dengan tepat. Lensa yang terbaik untuk anda bergantung kepada bajet dan keperluan fotografi anda. Terdapat berpuluh jenis lensa di pasaran bagi setiap jenama. Setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri.

Untuk mengetahui apakah lensa yang patut anda beli, pertama sekali anda perlu tahu, subjek apakah yang paling banyak anda rakam. Adakah anda banyak merakam foto pemandangan atau potret atau aksi sukan dan sebagainya.

Berikut ini saya senaraikan beberapa jenis lensa (mengikut focal length berdasarkan crop factor 1.5X) berdasarkan kesesuaian merakam subjek tertentu.

1. Lensa sekitar 12mm–18mm sesuai untuk merakam gambar landscape atau architechture
2. Lensa sekitar 50mm–80mm sesuai untuk merakam gambar potret
3. Lensa macro sekitar 60mm-105mm sesuai untuk merakam gambar bunga atau serangga dari jarak dekat
4. Lensa sekitar 200–400mm sesuai untuk merakam foto sukan atau hidupan liar

Selain dari itu, anda perlu tetapkan berapakah bajet anda untuk membeli lensa yang anda perlukan. Jika ditanya apakah lensa apakah yang terbaik untuk dibeli, jawapan mudahnya tentulah lensa yang paling mahal adalah lensa yang paling berkualiti bagi setiap kategori lensa tertentu. Biasanya, lensa yang mahal adalah lensa yang berkebolehan memberikan bukaan aperture maksima yang besar seperti f/2.8. Lensa yang berkualiti juga biasanya ada kelebihan istimewa lain seperti VR atau IS bagi mengurangkan risiko gegaran pada foto. Jika anda tidak mampu atau rasakan kelebihan yang ditawarkan tidak begitu bermanfaat untuk anda, anda boleh beli lensa tanpa ciri-ciri ini dengan harga yang jauh lebih murah.

Sekiranya anda seorang beginners yang suka merakam subjek biasa yang ada di sekeliling anda, penggunaan kit lens sudah memadai. Anda tidak perlu terburu-buru untuk membeli lensa tambahan. Berikan sedikit masa untuk anda lihat kecenderungan anda di dalam fotografi. Selepas beberapa bulan dan setelah mengenal pasti bidang pengkhususan anda di dalam fotografi, barulah anda perlu beli lensa tambahan.

Ada orang yang lebih cenderung merakam foto potret, ada yang cenderung merakam foto pemandangan dan ada yang cenderung merakam foto objek mikro sahaja. Setelah mengenal pasti kecenderungan anda, sesuailah jika anda beli lensa berkualti (mahal) yang khusus untuk melakukan kerja mengikut kecenderungan anda. Dengan ini, pelaburan anda akan mendatangkan hasil yang berbaloi kerana lensa yang dibeli digunakan sepenuhnya dan mampu membawa anda lebih jauh dalam penghasilan karya yang berkualiti.

Seseorang yang kerap merakam objek mikro misalnya perlu membeli lensa macro berkualiti tinggi yang berharga sekitar RM3,000. Manakala seseorang yang lebih minat merakam foto hidupan liar perlu membeli lensa bersesuaian yang berkualiti seperti lensa 300mm f/2.8 yang berharga sekitar RM18,000 jika dia mampu dan sanggup berbelanja.

Nasihat saya, sebelum membeli sebarang jenis lensa tambahan, buatlah pertimbangan yang wajar tanpa terpengaruh dengan kawan-kawan. Adalah tidak wajar dari segi kewangan untuk membeli lensa baru sekadar untuk menunjuk-nunjuk, sekadar untuk mengikut perkembangan teknologi atau sekadar ingin kelihatan setaraf dengan rakan-rakan lain. Sebelum membeli sesuatu lensa tambahan, pastikan gambar yang bagaimanakah yang ingin anda dapatkan dan pastikan samada lensa yang bakal anda beli itu betul-betul boleh memberikan apa yang anda harapkan. Pastikan juga anda akan menggunakan lensa yang dibeli itu ke tahap maksima. Anda tidak perlu beli lensa yang berkualiti tinggi jika anda jarang-jarang menggunakan lensa tersebut. Untuk lensa yang jarang digunakan, anda boleh beli lensa yang lebih murah, lensa terpakai atau pinjam sahaja dari rakan-rakan.

Untuk melihat harga dan membeli berbagai jenis lensa yang terbaru di pasaran, saya cadangkan anda layari laman web ShaShinKi.com - Malaysia’s Online Camera Shop!

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

HABUK DAN FOTOGRAFI



Kesan habuk yang melekat pada sensor kamera DSLR adalah perkara yang sangat melecehkan. Dalam imej yang dirakam, habuk akan kelihatan seperti tompokan kelabu pada lokasi yang sama untuk semua imej yang dirakam. Walaupun dalam sesetengah kes kita boleh membuang tompokan tersebut daripada imej dengan menggunakan perisian seperti Photoshop, ia adalah satu kerja yang leceh. Lebih sakit hati jika kita hanya sedar sensor berhabuk selepas melengkapkan tugasan dengan ratusan imej telah dirakam.

Hampir semua model kamera DSLR yang dikeluarkan selepas tahun 2008 mempunyai sistem anti-dust yang mengurangkan risiko habuk. Terdapat beberapa pendekatan yang digunakan, contohnya Olympus mengguna sistem SSWF yang merupakan penyaring habuk yang bergetar pada kelajuan supersonik setiap kali kamera dihidupkan. Sebagai pelopor dalam teknologi anti-dust, SSWF diakui sebagai sistem yang paling berkesan. Sony pula menggunakan teknik lain iaitu dengan menggegarkan sensor pada frekuensi yang rendah untuk menanggalkan habuk yang terlekat. Nikon pula menggetarkan low pass filter yang terletak di hadapan sensor sebagai teknik membuang habuk.

Walaupun kamera anda mempunyai sistem anti-dust, ini bukan bermakna ia 100% kebal dari habuk. Tabiat penggunaan peralatan yang baik boleh mengurangkan risiko habuk daripada terlekat pada sensor. Sudah tentu habuk hanya masuk apabila kita menukar lensa. Berikut adalah tips yang saya cadangkan untuk mengurangkan risiko habuk.

1. Jangan tukar lensa di dalam keadaan yang berhabuk.
2. Gantung tali kamera di leher dan tukar lensa dalam keadaan sensor menghadap ke bawah. Dengan ini tiada habuk yang jatuh dari atas dan masuk ke dalam kamera.
3. Tukar lensa sepantas mungkin. Pastikan penutup belakang lensa telah dilonggarkan sebelum mencabut lensa yang terpasang di kamera.
4. Tahan nafas ketika menukar lensa dan jangan sama sekali menghisap rokok semasa menukar lensa.

Jika sensor anda sudah dicemari habuk, anda boleh mencucinya dengan kit yang boleh didapati di kedai kamera atau hantar sahaja ke pusat servis yang bertauliah.

Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM

Kulat



Antara musuh utama pemilik kamera ialah kulat (fungus). Kulat tumbuh diantara elemen lensa dan coating. Jika lensa anda sudah dijangkiti kulat, adalah satu perkara yang leceh untuk memulihkannya. Pembuangan kulat hanya dijalankan oleh profesional dan proses tersebut boleh mengakibat kesan sampingan yang tidak diingini seperti kerosakan pada coating dan focusing calibration.

Kulat membiak subur di tempat yang gelap, lembap dan pengudaraan yang tidak bergerak. Humidity (kelembapan) yang tinggi menggalakkan percambahan kulat daripada spora dan penumbuhannya yang pesat. Kesan kulat pada lensa boleh dilihat seperti kesan tompok atau jalur berbentuk akar. Oleh itu antara tabiat yang elok untuk mengurangkan risiko jangkitan kulat pada peralatan anda ialah dengan selalu membawanya keluar ke bawah matahari, dalam erti kata lain ialah menggunakannya dengan kerap. Peralatan yang disimpan terlalu lama dalam keadaan yang tidak sesuai tentunya mempunyai risiko kulat yang lebih tinggi.

Kebiasaannya humidity yang sesuai ialah di antara 35% hingga 45%. Jika terlalu rendah, ini akan menyebabkan pelincir di dalam komponen kamera atau lensa lebih cepat kering. Coating pada elemen lensa juga akan lebih senang merekah dan komponen getah (seperti grip) akan mengeras.

Cara mudah untuk menyimpan peralatan anda ialah dengan menggunakan tong kedap udara yang mengandungi gel silica atau penyahlembap (seperti Thirsty Hippo). Untuk mengetahui kadar kelembapan di dalam tong simpanan tersebut, anda boleh menggunakan hygrometer/hydrometer yang memaparkan suhu dan humidity. Cara yang lebih baik ialah dengan menyimpan peralatan anda di dalam dry cabinet yang mempunyai sistem kendalian suhu dan humidity secara otomatik. Sistem sebegini lebih berupa satu pelaburan untuk memastikan peralatan anda sentiasa berada dalam keadaan elok pada bila-bila masa ketika di dalam simpanan. Dry cabinet boleh didapati di kebanyakan kedai kamera terkemuka. Kami cadangkan anda beli dry cabinet ini secara online di - ShaShinKi.com - Malaysia’s Online Camera Shop!



Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM

Flash - Biar Nampak Natural

Sejak zaman penggunaan filem, portable flash adalah satu peralatan yang penting dalam fotografi. Kita menggunakannya dalam pelbagai situasi sama ada dalam ruang tertutup mahupun di bawah matahari sebagai fill-in. Sebagaimana pentingnya flash, ia selalu disalah gunakan hingga boleh merosakkan gambar yang bagus.

Flash memberikan ruang kawalan cahaya yang sangat tinggi terutamanya di ruangan tertutup. Teknik ceiling bounce iaitu dengan memantulkan cahaya flash ke siling akan mencerahkan keseluruhan ruang lantas menjadikan latar belakang lebih menarik. Anda juga boleh mengawal arah datangnya cahaya dan keamatannya untuk menghasilkan kesan yang dihajati. Kelebihan utama portable flash berbanding dangan yang dibina pada badan kamera ialah sudut cahaya boleh dikawal sama ada dengan menggerakkan kepala flash, penggunaan kabel atau pun wireless.

Kebebasan untuk mengawal cahaya menggunakan portable flash adakalanya digunakan dengan cara yang kurang wajar. Ada beberapa hasil karya yang saya lihat menonjolkan penggunaan portable flash yang kurang efektif sehingga mencacatkan gambar. Flash seharusnya membantu pencahayaan agar foto dapat dirakam dengan dedahan yang betul, tetapi bukti penggunaan flash harus diminimakan agar foto kelihatan lebih natural. Beberapa perkara boleh membantu agar kesan penggunaan flash kurang kelihatan. Disini ada sedikit tips untuk tatapan.

1. Gunakan diffuser atau teknik bounce. Flash yang dihalakan terus ke arah subjek tanpa diffuser akan melihatkan kesan silau. Hati-hati dengan warna permukaan yang digunakan untuk bounce.
2. Jarakkan subjek dengan sebarang objek rata seperti dinding di belakangnya. Penggunaan flash mudah menghasilkan bayang-bayang. Ini boleh dielakkan dengan mudah hanya dengan mengubah kedudukan anda agar latar belakang tidak menghasilkan bayang-bayang.
3. Walaupun penggunaan diffuser dan pantulan boleh melembutkan cahaya, kesan silau masih boleh dihasilkan jika subjek mempunyai elemen yang memantulkan cahaya. Baju putih, rim kacamata dan kepala tali pinggang besi boleh menghasilkan kesan silau. Mungkin anda ingin membuat tight crop agar objek bersinar tidak mengganggu foto tersebut.
4. Peluh menghasilkan kesan berkilauan dan selalunya kita hanya perasan apabila imej dipaparkan di skrin komputer. Elok juga jika kita periksa jika subjek berpeluh dan hulurkan tisu.
5. Ada juga punya silau yang disebabkan oleh latar belakang. Perhatikan jika terdapat kaca, cermin atau permukaan yang boleh menyebabkan pantulan.
6. Jika subjek terlalu jauh dari latar belakang, kita akan mendapat foto yang mana latar belakang adalah gelap. Gunaka ceiling bounce untuk menerangkan kawasan di belakang dan shutter yang perlahan beserta ISO tinggi.
7. Ada sesetengah manusia yang wajahnya bersegi dan mudah menampakkan kesan flash. Gunakan teknik bounce ke tepi agar mendapat side lighting.

Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM

ini plak contoh cara ambik gambar tanpa ada kilauan..

Gambar 1

Kilau pada sanggul agak mengganggu tumpuan pada gambar.

Gambar 2

Kilau pada dinding boleh dielakkan dengan mengambil sudut yang berbeza.

Setakat nie saja la info photography aku nak kongsi pada korg..harap korg suka dan bagi la komen skit huhuhu...layannnnn

Fotografi

Mari Belajar Fotografi - itulah pos yang diketengahkan dalam blog..aku saja ja nak wat pos macam nie,hilang gak boring,di samping korg pon dapat ilmu gak kan??hehehe..sebelum tu kita kena gak tau definisi fotografi (skema betul aku hehehe)...

Fotografi ialah proses untuk menghasilkan gambar foto melalui tindakan cahaya. Pola-pola cahaya yang dipanculkan atau dipancarkan oleh objek-objek dirakamkan pada perantaraan peka atau cip storan melalui pendedahan tempoh tertentu. Proses ini dilaksanakan melalui peranti-peranti mekanik, kimia atau digit yang dikenali sebagai kamera.

Perkataan fotografi datang daripada perkataan Greek, iaitu φως phos ("cahaya"), dan γραφις graphis ("stilus", "berus lukis"), atau γραφη graphê yang bersama-sama bermaksud "pelukisan dengan cahaya" atau "lukisan". Secara tradisi, hasil daripada fotografi dipanggil "gambar foto". Dalam fotografi digit, istilah "imej" telah bermula menggantikan istilah "gambar foto". (Istilah "imej" ialah istilah tradisi dalam bidang optik geometri. Fotografi juga dikenali sebagai "tangkap gambar" dalam bahasa Melayu.

Prosesnya melibatkan dua peralatan penting iaitu:

1. Pengumpul cahaya = Kamera
2. Perakam cahaya = Filem atau sensor

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

nie aku sertakan gambar editing fotography hehehe...layannnnn

Lawatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ke Kg Minang Kabau




Tanggal 30 April 2010, Jumaat adalah hari yang bersejarah bagi Kg Minang Kabau kerana lawatan Sultan abdul Halim Mu'adzam Shah ke masjid yang diberikan nama Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (nie masjid tuanku sultan tu, famous nie). Lawatan ini juga dihadiri Exco Kerajaan Negeri Kedah dan ADUN (yg tau Dato' Hj Mahfuz Omar huhuhu)..Ramai yang datang ke kg tersebut sampai solat jumaat di masjid tu..bila kita nak masuk masjid tengok2 sudah penuh, terpaksa duduk di luar huhuhu..Dengan kehadiran tuanku sultan punya pasal kami bertungkus lumus mencantikkan masjid tersebut, sekarang masjid dah comel dah hehehe..Di sini saya sertakan gambar2 untuk tontonan umum,banyak aksi2 menarik sepanjang aktiviti tersebut hehehe..layannnnnn...

MP3 Download

Share & Care

Language Tools

Followers

Labels

ShoutMix


ShoutMix chat widget